Tuesday , 22 August 2017

Home » Teknologi » Gen tong sampah tangguh proses penuaan

Gen tong sampah tangguh proses penuaan

May 12, 2013 5:25 am Category: Teknologi A+ / A-
Gen tong sampah tangguh proses penuaan

SEJENIS gen yang bertindak seakan-akan tukang angkat sampah kerana membersihkan segala ?barangan lama? dalam sel dilihat dapat meningkatkan hayat dalam lalat buah.

Sekumpulan penyelidik dari Amerika Syarikat (AS) mendapati, penemuan ini mungkin dalam memberikan sinar baru dalam melawan proses penuaan manusia.

Ini berlaku apabila sekumpulan penyelidik memanipulasi neuron lalat buah yang mengandungi paras sejenis gen paling tinggi – parkin.

Ini membolehkan lalat berkenaan hidup 28 peratus lebih lama dan kekal sihat, kata kajian yang diterbitkan dalam jurnal Proceedings of the National Academy of Sciences.

?Hanya dengan meningkatkan aras parkin, lalat buah tadi boleh hidup lebih lama, kekal lebih sihat semakin aktif malah tambah subur,” kata penulis Anil Rana yang juga pensyarah di University of California, Los Angeles, AS.

?Inilah yang kami ingin capai dalam penyelidikan penuaan – bukan hanya meningkatkan jangka hayat tetapi dapat meningkatkan taraf kesihatan pada masa yang sama,” katanya.

Gen parkin selama ini sering kali dikaitkan dengan perkembangan penyakit Parkinson.

Mereka yang dilahirkan dengan mutasi dalam gen parkin mempunyai risiko tinggi mempunyai simptom awal Parkinson yang biasanya berlaku pada mereka yang lanjut usia.

 

Mendedahkan

Kajian lanjut mungkin akan mendedahkan sama ada manusia boleh mengalami jangka hayat lebih lama dengan aras gen parkin yang lebih tinggi.

Ini menandakan kerosakan pada protein di mana sel akan membuangnya sebelum ia menjadi bahan toksik.

Parkin juga dikatakan menjadi tempat dan pengangkutan dalam memindahkan mitokondria yang rosak daripada sel.

Penulis kanan yang juga profesor dalam bidang biologi dan fisiologi integratif di UCLA David Walker berkata, ?kajian kami mungkin dapat memberitahu bahawa parkin boleh menjadi sasaran terapeutik yang penting bagi penyakit neurodegeneratif dan mungkin juga beberapa penyakit berkenaan penuaan.

?Selain mengkaji penyakit penuaan satu persatu – penyakit Parkinson, Alzheimer, kanser, strok, penyakit kardiovaskular, diabetes – kami percaya ia mungkin melambatkan proses penuaan dan melambatkan perkembangan penyakit-penyakit yang berkaitan dengan penuaan,” tambahnya.

?Kami masih belum berada di sana, mungkin mengambil masa yang lama tetapi itu adalah sasaran dan matlamat kami,” katanya.

scroll to top