Monday , 24 September 2018

Home » Nasional » Gerakan Bertanding Satu Calon, Satu Kerusi – MAH

Gerakan Bertanding Satu Calon, Satu Kerusi – MAH

March 14, 2018 7:00 am Category: Nasional, Politik A+ / A-
Gerakan Bertanding Satu Calon, Satu Kerusi – MAH

Datuk Seri Mah Siew Keong.

SEREMBAN,. Setiap calon Parti Gerakan yang dibenarkan bertanding, akan hanya bertanding satu kerusi sahaja pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang, kata Presiden Datuk Seri Mah Siew Keong.

Beliau berkata ini bagi membolehkan seseorang itu memberikan perkhidmatan dengan lebih berkesan dan terbaik kepada masyarakat diwakilinya.

“Yang pasti tiada seorang pun calon yang bertanding di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN), akan turut akan bertanding di kerusi Parlimen.

“Ini kerana kerusi yang ada adalah terhad sedangkan kita mempunyai ramai pemimpin dan calon yang sesuai untuk diketengahkan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini selepas meninjau persiapan parti itu untuk PRU14.

Turut hadir, Pengerusi Gerakan Negeri Sembilan Datuk David Choong Vee Hing.

Dalam pada itu, Mah yang juga Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi berkata parti itu telah menyerahkan senarai nama calon bagi kerusi DUN dan Parlimen kepada Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Najib Tun Razak untuk dipertimbangkan sebagai calon.

“Kira-kira 60 peratus daripada senarai calon itu adalah muka baharu,” katanya.

— BERNAMA

scroll to top