Saturday , 16 December 2017

Home » Bisnes » Global Halal Hub Pelawa Malaysia Memasarkan Produk

Global Halal Hub Pelawa Malaysia Memasarkan Produk

August 11, 2017 4:58 pm Category: Bisnes, Ekonomi A+ / A-
Global Halal Hub Pelawa Malaysia Memasarkan Produk

SINGAPURA: Pasar raya yang menghimpunkan produk halal serata dunia pertama di republik ini, My Outlets Global Halal Hub mempelawa usahawan makanan tradisional Malaysia untuk memasarkan produk mereka di sini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Malek Mattar, berkata pihaknya masih mencari dan menunggu produk sejuk beku tradisional terutama ketupat palas untuk dipasarkan di pasar raya itu.

Katanya, produk sejuk beku sememangnya menjadi barangan paling laris terjual di My Outlets Global Halal Hub dengan mencatatkan 60 peratus penjualan.

Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Perindustrian Sabah, Datuk Hashim Paijan (kanan sekali) bersama delegasi dari Sabah mendengar penerangan daripada Ketua Pegawai Eksekutif My Outlets Global Halal Hub, Malek Mattar (kiri sekali) mengenai produk halal yang ditawarkan di pasar raya itu.

Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Perindustrian Sabah, Datuk Hashim Paijan (kanan sekali) bersama delegasi dari Sabah mendengar penerangan daripada Ketua Pegawai Eksekutif My Outlets Global Halal Hub, Malek Mattar (kiri sekali) mengenai produk halal yang ditawarkan di pasar raya itu.

“Sejak mula beroperasi pada tahun 2013 secara kecil-kecilan, kini operasi kami semakin membesar dengan peningkatan nilai jualan mencecah sehingga RM1.26 juta membabitkan lebih 11,000 produk dari 41 negara.

“Sebanyak 60 peratus jualan itu pula adalah daripada produk sejuk beku tetapi kami masih mencari produk tradisional dari Malaysia iaitu ketupat palas,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Malek berkata, pihaknya juga kini dalam perancangan membuka empat lagi cawangan di Singapura dan sebuah lagi di Johor Bahru dalam usaha memperluaskan lagi pasaran produk halal.

“Kita juga mengadakan kerjasama dengan beberapa negara seperti Jepun dan Korea untuk membawa produk halal dari sini (Singapura) ke sana,” katanya.

Terdahulu, delegasi dari Sabah diketuai Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Perindustrian Sabah, Datuk Hashim Paijan, sempat mengadakan lawatan ke My Outlets Global Halal Hub bagi meninjau potensi jualan di pasar raya itu.

scroll to top