Wednesday , 24 July 2019

Home » Nasional » Gobind kutuk perbuatan ganas terhadap pelajar, wartawan

Gobind kutuk perbuatan ganas terhadap pelajar, wartawan

March 24, 2019 7:04 am Category: Nasional, Politik A+ / A-
Gobind kutuk perbuatan ganas terhadap pelajar, wartawan

KUALA LUMPUR,. Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo hari ini mengutuk tindakan individu tertentu yang dilaporkan menyerang sekumpulan pelajar dan wartawan dalam satu kejadian berhampiran Universiti Malaysia (UM) semalam.

“Tidak perlu untuk semua ini. Kita mesti bersatu menentang keganasan,”

“Mereka yang melakukan perbuatan ini harus diberkas dan dikenakan tindakan sewajarnya. Apa yang berlaku terhadap pelajar berkenaan harus dikutuk sekeras-kerasnya. Mereka yang memprotes dikasari oleh penyokong Najib,” katanya dalam ciapan terbaharu Twitternya.

Gobind mengulas laporan media tempatan yang beliau kongsi dalam ciapan twitternya dengan gambar kejadian itu dengan tajuk ‘protestors roughed up by Najib supporters’.

Kejadian itu berlaku pada petang Jumaat di hadapan sebuah restoran berhampiran UM di mana Najib sedang berdialog dengan pelajar.

“Hentikan perbuatan mengasari atau memudaratkan wartawan.

“Mereka datang untuk melaporkan fakta. Jika awak tidak bersetuju dengan mereka awak harus menjelaskan fakta anda kepada mereka atau bertindak balas kepada artikel atau saman jika perlu.

“Tetapi jangan melakukan keganasan atau penyalahgunaan. Ini tidak dapat diterima,” katanya.

— BERNAMA

scroll to top