Saturday , 19 January 2019

Home » Nasional » Gobind mahu terus perkukuh DAP Selangor

Gobind mahu terus perkukuh DAP Selangor

December 10, 2018 9:45 am Category: Nasional, Politik A+ / A-
Gobind mahu terus perkukuh DAP Selangor

KUALA LUMPUR,. Pengerusi DAP Selangor yang baharu, Gobind Singh Deo yakin beliau dan pasukannya dapat memperkukuhkan lagi DAP negeri berkenaan sebagai persediaan menghadapi cabaran mendatang.

Dalam catatan di laman Facebook, beliau menyampaikan penghargaan kepada semua yang menyokongnya pada pemilihan Jawatankuasa Negeri DAP Selangor hari ini.

Menteri Komunikasi dan Multimedia itu menyifatkan pelantikan beliau sebagai penghormatan yang sangat besar.

Beliau berkata apa yang nyata tanggungjawab yang dipikulnya adalah berat.

“Tetapi bersama pasukan baharu, saya yakin kita akan dapat membina lagi DAP Selangor bagi persediaan menghadapi cabaran-cabaran pada masa depan,” kata Gobind yang juga Anggota Parlimen Puchong.

Beliau merupakan antara 15 anggota jawatankuasa baharu yang mendapat jumlah undian tertinggi dalam pemilihan itu yang diadakan pada Konvensyen DAP Selangor 2018 hari ini.

Beliau kemudian dilantik sebagai pengerusi negeri sementara anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah sebagai timbalannya atas persetujuan bersama dalam kalangan anggota jawatankuasa baharu itu.

— BERNAMA

scroll to top