Sunday , 26 May 2019

Home » Nasional » Gobind terus turun padang cari kaedah perbaiki komunikasi

Gobind terus turun padang cari kaedah perbaiki komunikasi

May 18, 2019 4:50 am Category: Nasional A+ / A-
Gobind terus turun padang cari kaedah perbaiki komunikasi

BINTULU,. Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo sendiri akan terus turun padang bagi mencari kaedah untuk mempertingkat dan memperbaiki infrastruktur komunikasi di negara ini.

Beliau berkata, ini kerana pembangunan komunikasi adalah cara untuk memperkasakan rakyat di dalam pelbagai bidang seperti pertanian dan perniagaan.

“Ini adalah pendekatan yang saya ambil. Saya turun diri sendiri bagi mengenalpasti apa yang diperlukan oleh rakyat.

“Saya memberi jaminan kerajaan PH hendak memberi perubahan. Kita akan pastikan apabila PH menjadi kerajaan rakyat dapat merasai perubahan,” katanya semasa perjumpaan dengan penduduk di Rumah Panjang Hendry Nuni Anak Plen, di Gelam, Ulu Sebauh dekat sini malam ini.

Gobind berkata, beliau akan mengadakan perbincangan dengan ketua rumah panjang atau kampung di luar bandar yang masih belum menikmati kemudahan komunikasi yang baik.

Beliau, yang tiba di rumah panjang itu, disambut meriah oleh penduduk rumah panjang yang kebanyakannya adalah petani, selain penjawat awam dan kakitangan swasta.

Gobind akan menghadiri Majlis Perasmian Pemimpin Bersama Rakyat di tapak Lapangan Terbang Lama Bintulu pagi esok selepas melepaskan lebih 2,000 peserta kontinjen perarakan Ngerandang Jalai Gawai di tapak berkenaan.

Beliau juga akan melawat gerai pameran dan menyaksikan persembahan tradisi peserta Dayak tempatan dan dari Kalimantan Barat.

— BERNAMA

scroll to top