Monday , 23 October 2017

Home » Bisnes » Google perkenal Pixel 2

Google perkenal Pixel 2

October 5, 2017 10:11 am Category: Bisnes, Teknologi A+ / A-
Google perkenal Pixel 2

Pixel 2

SAN FRANCISCO: Pemilik Google, Alphabet Inc, memperkenalkan versi kedua telefon pintar Pixel, menggabungkan kepintaran buatan lebih mengagumkan bagi memenuhi keperluan kehidupan serba moden.

Gabungan perisian Google dan kepintaran buatan dalam peranti terbaharu itu sebagai usaha meningkatkan keupayaan produk pada masa depan, terutama dalam menghadapi persaingan seperti Apple dan Amazon.

 Pixel 2

Pixel 2

Telefon pintar Pixel 2 itu didatangkan dalam dua saiz, dengan ciri yang setanding, termasuk kerangka aluminium.

Harga yang ditawarkan untuk model asas bermula pada AS$649 (RM2,743), manakala versi mewah bermula pada AS$849 (RM3,589).

Ia sedia berada dalam pasaran pada 19 Oktober ini.

Ketua Bahagian Perkakasan Google, Rick Osterloh, berkata produk baharu itu memperlihatkan strategi syarikatnya untuk memperkenalkan perkakasan terbaik di pasaran luar.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada pelancaran Pixel 2 di San Francisco, semalam.

– Reuters

scroll to top