Monday , 24 September 2018

Home » Bisnes » Google sekat iklan wang kripto mulai Jun

Google sekat iklan wang kripto mulai Jun

March 14, 2018 3:54 pm Category: Bisnes, Dunia, Teknologi A+ / A-
Google sekat iklan wang kripto mulai Jun

SYARIKAT enjin carian terkemuka, Google akan menyekat pengiklanan mata wang kripto dan kandungan berkaitannya bermula Jun ini.

Syarikat milik Alphabet Inc itu pada Rabu berkata, di bawah dasar baharu itu, ia akan menyekat iklan yang tidak dikawalselia atau produk kewangan spekulatif seperti pilihan binari dan mata wang kripto dan taruhan dalam produk berkaitan kewangan.

Dalam satu kenyataan blog berasingan, Google berkata ia menarik balik 3.2 bilion iklan yang melanggar dasar pengiklanannya pada tahun lalu, hampir sekali ganda daripada tahun 2016.

“Meningkatkan pengalaman iklan di seluruh web, sama ada menarik semula iklan berbahaya atau yang mengganggu, akan terus menjadi keutamaan bagi kami,” kata Pengarah Iklan Mapannya, Scott Spencer.

Pada Januari lalu, Facebook Inc berkata ia akan menyekat iklan yang mempromosikan produk dan perkhidmatan kewangan yang terikat dengan mata wang kripto dan tawaran duit syiling permulaan.

Dasar itu akan dilaksanakan di seluruh platformnya, termasuk Facebook, Audience Network dan Instagram, kata syarikat itu.

– Reuters

scroll to top