Friday , 21 September 2018

Home » Bencana » Gunung Agung meletus, puluhan penerbangan dibatalkan

Gunung Agung meletus, puluhan penerbangan dibatalkan

June 29, 2018 7:23 am Category: Bencana, Dunia A+ / A-
Gunung Agung meletus, puluhan penerbangan dibatalkan

Gunung Agung di Bali meletus melepaskan asap dan debu kira-kira 1,000 meter ke udara.

JAKARTA: Berpuluh-puluh penerbangan terpaksa dibatalkan sebaik saja Gunung Agung di Bali meletus melepaskan asap dan debu kira-kira 1,000 meter ke udara.

Syarikat penerbangan AirAsia membatalkan 22 penerbangan pergi balik ke pulau peranginan itu, sejurus selepas gunung berapi yang terletak kira-kira 75 kilometer dari hub pelancongan di Kuta, kembali meletus.

Syarikat itu turut menangguhkan lima penerbangan lain di Bali.

Jurucakap Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai, Arie Ahsanurrohim berkata, syarikat penerbangan Australia, JetStar turut membatalkan 14 penerbangan selepas letusan berlaku walaupun ujian debu di lapangan terbang itu kembali negatif.

Bagaimanapun, agensi pengurangan bencana Indonesia berkata, status berbahaya Gunung Agung masih tidak berubah dan penerbangan tidak berada dalam bahaya.

Gunung berapi itu meletus secara berkala sejak ia kembali aktif tahun lalu.

Aktiviti gunung itu menurun sebelum ia mula aktif kembali pada November tahun lalu, mencetuskan kekacauan perjalanan dan menjejaskan industri pelancongan Bali yang menjadi penyumbang utama ekonomi.

– AFP

scroll to top