Thursday , 18 January 2018

Home » Bencana » Gunung berapi Mayon Filipina keluar abu

Gunung berapi Mayon Filipina keluar abu

January 14, 2018 8:45 am Category: Bencana, Dunia A+ / A-
Gunung berapi Mayon Filipina keluar abu

MANILA,. Sebuah gunung berapi aktif di tengah Filipina mengeluarkan abu ke udara semalam, menyebabkan agensi bencana negara itu mengarahkan penduduk berhampiran segera berpindah.

Institut Gunung Berapi dan Seismologi Filipina (PHIVOLCS) berkata, ia memantau rapat aktiviti gunung berapi Mayon di wilayah Albay, yang kali terakhir meletus pada 2014.

Letusan paling memusnahkan Mayon berlaku pada Februari 1841, apabila aliran lahar menimbus sebuah bandar dan mengorbankan 1,200 nyawa.

Gunung berapi itu, dikenali kerana bentuk kon hampir sempurna, diletakkan pada tahap amaran terendah walaupun ‘berlaku letusan phreatic atau didorong wap’, bermaksud penduduk tidak dibenarkan tinggal dalam lingkungan enam kilometer ‘zon bahaya kekal’, kata PHIVOLCS.

Walaupun letusan itu tidak menunjukkan aktiviti lebih besar, namun Majlis Pengurusan Pengurangan Risiko Bencana Wilayah berkata, ia mengarahkan penduduk berpindah alasan keselamatan dan kesihatan susulan pengeluaran debu.

“Aktiviti luar biasa gunung berapi itu bermula tahun lalu dan ia bakal berlaku sekali lagi,” kata ketua PHIVOLCS, Renato Solidum.

– Reuters

scroll to top