Saturday , 23 June 2018

Home » Nasional » Hafizh lebih bersemangat selepas kahwin

Hafizh lebih bersemangat selepas kahwin

December 17, 2017 7:47 am Category: Nasional, Sukan A+ / A-
Hafizh lebih bersemangat selepas kahwin

Persandingan pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin dengan pasangannya Noor Suzana Abdul Manaf

KUALA LUMPUR,. Pelumba Moto2, Hafizh Syahrin Abdullah berharap status suami yang baharu disandangnya mampu memberikan suntikan semangat untuk melakar lebih banyak kejayaan musim depan.

Hafizh selamat diijabkabulkan dengan model, Noor Suzana Abdul Manaf, 23, awal minggu ini dan majlis resepsinya berlangsung meriah dengan kehadiran keluarga, rakan, ahli pasukan dan penaja di Dewan Sri Iskandar Setiawangsa, malam ini.

Antara yang hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Datuk Razlan Razali, rakan pelumba, Zulfahmi Khairuddin, Adam Norrodin dan Zaqhwan Zaidi selain atlet paralimpik, Ziyad Zolkefli.

Hafizh yang mula mengenali Suzana menerusi Instagram dua tahun lalu, berkata dia akan bekerja keras bagi meningkatkan prestasinya untuk menjadi pelumba bertaraf dunia.

“Mungkin ada segelintir orang berpendapat, orang yang sudah berkahwin akan hilang fokus tetapi saya menyifatkannya sebagai motivasi untuk melakukan yang terbaik di litar.

“Saya memikul banyak tanggungjawab sekarang sebagai suami dan pelumba Malaysia. Isteri memahami yang mana banyak pengorbanan perlu dilakukan untuk berjaya. Saya sudah tidak sabar untuk beraksi bersama pasukan baharu tahun depan,” kata Hafizh.

Selepas sedekad bersama PETRONAS Raceline, Hafizh akan menyertai pasukan PETRONAS Sprinta Racing yang diuruskan oleh SIC, tahun depan.

scroll to top