Monday , 24 September 2018

Home » Dunia » Hajat 12 ‘budak gua’ Tidak Kesampaian dilarang ke Moscow

Hajat 12 ‘budak gua’ Tidak Kesampaian dilarang ke Moscow

July 11, 2018 7:48 am Category: Dunia, Sukan A+ / A-
Hajat 12 ‘budak gua’ Tidak Kesampaian dilarang ke Moscow

CHIANG RAI,. Semua 12 remaja pasukan bola sepak dan seorang juru latih yang berjaya diselamatkan dari sebuah gua di Thailand selepas lebih dua minggu terperangkap, tidak dibenarkan menerima tawaran menonton perlawanan akhir Piala Dunia di Moscow, kata seorang doktor, semalam.

Gambar pasukan remaja itu menjadi tular menyebabkan Presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Gianni Infantino menjemput mereka pada 15 Julai ini sebagai tanda solidariti dari dunia bola sepak yang sudah pastinya menjadi impian kebanyakan peminat remaja bola sepak.

Bagaimanapun, idea itu mendapat bantahan doktor kerana semua remaja terbabit berada dalam keadaan baik tetapi proses pemulihan agak perlahan dan mereka perlu berehat di hospital selama seminggu.

“Mereka tidak boleh pergi, mereka perlu berehat di hospital,” kata jurucakap kementerian kesihatan awam, Thongchai Lertwilairatanapong kepada wartawan hari ini apabila ditanya berhubung tawaran untuk menyaksikan perlawanan itu Ahad ini.

“Mereka hanya akan menonton menerusi televisyen,” kata setiausaha tetap Kementerian Kesihatan Awam, Jedsada Chokdamrungsuk.

Usaha menyelamatkan semua remaja dan jurulatih berakhir, hari ini selepas lima lagi mangsa berjaya diselamatkan ketika misi menyelamat memasuki fasa terakhir.

Setakat ini tidak ada masalah kesihatan serius yang dikesan tetapi ibu bapa hanya dibenarkan melawat empat remaja pertama yang berjaya diselamatkan dengan memakai pakaian khas, selepas tempoh 48 jam.

Nasib yang menimpa semua remaja itu mendapat perhatian dan sokongan daripada seluruh bintang bola sepak dunia, bermula dari legenda bola sepak Brazil, Ronaldo; John Stones England dan Lionel Messi, Argentina.

Pasukan bola sepak ‘Boars Wild’ berjaya dikesan selepas sembilan hari terputus hubungan dan mereka ditemui di tebing berlumpur dikelilingi air, beberapa kilometer di dalam Gua Tham Luang di utara Thailand.

Semua mereka baru selesai menjalani latihan bola sepak ketika mula memasuki gua itu pada 23 Jun lalu dan ketika ditemui semuanya memakai jersi bola sepak.

– AFP

scroll to top