Wednesday , 22 August 2018

Home » Bisnes » Harga minyak dunia meningkat

Harga minyak dunia meningkat

August 13, 2018 11:13 am Category: Bisnes, Ekonomi A+ / A-
Harga minyak dunia meningkat

SINGAPURA,. Harga minyak mentah meningkat hari ini selepas sekatan Amerika Syarikat (AS) terhadap Iran menyebabkan pasaran menjadi lebih ketat walaupun kebimbangan mengenai pertumbuhan ekonomi yang perlahan di tengah-tengah ketegangan global masih mengekalkan keuntungan dalam pasaran minyak.

Niaga hadapan minyak mentah Brent adalah pada AS$72.88 setong, naik tujuh cents daripada penutup terakhirnya.

Kontrak hadapan AS West Texas Intermediate (WTI) pula meningkat 16 cents kepada AS$67.79 setong.

AS telah melaksanakan sekatan baharu terhadap Iran sejak November lalu yang turut menyasarkan kepada sektor petroelum negara berkenaan.

Bank ANZ berkata dengan sekatan AS kembali semula kepada Iran, semua mata tertumpu kepada impak terhadap eksport minyak mentah negara berkenaan.

“Untuk mengekalkan bekalan global mungkin boleh jadi agak mencabar walaupun AS berusaha meningkatkan pengeluarannya dengan data aktiviti penggerudian terus menunjukkan peningkatan,” kata bank berkenaan hari ini.

-Reuters

scroll to top