Saturday , 15 December 2018

Home » Bisnes » Harga minyak global meningkat

Harga minyak global meningkat

November 9, 2018 1:13 pm Category: Bisnes, Ekonomi A+ / A-
Harga minyak global meningkat

SINGAPURA,. Harga minyak global meningkat pada Khamis selepas rekod import minyak mentah China mengurangkan kebimbangan bahawa persekitaran ekonominya yang perlahan akan mencetuskan lebihan minyak mentah.

Niaga hadapan minyak mentah Brent berad apada AS$72.27 satu tong pada 0800 GMT, naik 21 cents, atau 0.3 peratus, daripada sesi penutup terakhir.

Niaga hadapan minyak mentah AS West Texas Intermediate (WTI) berada pada AS$61.95 satu tong, naik 28 cents, atau 0.4 cents, daripada penutup terakhirnya.

Import minyak mentah Oktober China melonjak 32 peratus berbanding tahun lalu kepada 40.80 juta tan, atau 9.61 juta tan sehari (bpd), menurut data daripada Pentadbiran Am Kastam pada Khamis, meningkat daripada 9.05 juta bpd pada September.

Rekod harian sebelum ini iaitu 9.6 juta bpd dicecah pada April 2018.

Import meningkat 8.1 peratus untuk 10 bulan pertama tahun ini, berbanding tempoh sama tahun lalu pada 377.16 juta tan, atau 9.06 juta bpd.

“Import minyak mentah meningkat, dan ketidaktentuan yang menyelubungi import dan sekatan AS terhadap Iran menyusut.

“Permintaan daripada kilang penapisan bebas China juga meningkat,” kata ANZ bank.

Dalam usaha mengekang kenaikan harga minyak mentah, AS meningkatkan pengeluaran minyak mentahnya yang mana ia mencecah 11.6 juta bpd pada minggu berkakhir 2 November, demikian menurut Pentadbiran Maklumat Tenaga (EIA).

Ia menunjukkan peningkatan tiga kali ganda daripada paras rendah AS yang dicecah satu dekad lalu, dan kenaikan 22.2 peratus untuk tahun ini.

Ia sekali gus menjadikan AS sebagai pengeluar minyak mentah terbesar di dunia.

— REUTERS

scroll to top