Friday , 21 June 2019

Home » Bisnes » Harga minyak global susut sedikit

Harga minyak global susut sedikit

April 18, 2019 11:06 am Category: Bisnes, Ekonomi, Nasional A+ / A-
Harga minyak global susut sedikit

SYDNEY,. Harga minyak mentah global susut pada awal dagangan hari ini walaupun berlaku penurunan dalam inventori Amerika Syarikat (AS), dengan penanda aras antarabangsa Brent menamatkan keuntungan lima bulan tertinggi pada sesi sebelumnya.

Niaga hadapan minyak mentah Brent didagangkan AS$71.51 setong pada 0056 GMT, turun 11 sen atau 0.2 peratus, daripada penutup terakhir.

Brent jatuh 0.1 peratus semalam, selepas menyentuh paras tertinggi sejak 8 November lalu pada AS$72.27 setong.

Niaga hadapan mentah West Texas Intermediate (WTI) AS berada pada AS$63.67 setong, turun 9 sen atau 0.1 peratus daripada penyelesaian sebelumnya. WTI menutup sesi terakhir dengan turun 0.5 peratus.

“Harga komoditi ini lemah meskipun terdapat penurunan mengejut dalam inventori AS,” kata ANZ Bank dalam nota penyelidikan.

Inventori minyak AS jatuh 1.4 juta tong dalam tempoh seminggu hingga 12 April, berbanding jangkaan penganalisis iaitu peningkatan sebanyak 1.7 juta tong.

Import minyak mentah AS minggu lalu menurun sebanyak 659,000 tong sehari (bpd). – Reuters

scroll to top