Friday , 15 December 2017

Home » Bisnes » Harga minyak jatuh tiga hari berturut-turut

Harga minyak jatuh tiga hari berturut-turut

November 30, 2017 10:57 am Category: Bisnes, Dunia, Ekonomi A+ / A-
Harga minyak jatuh tiga hari berturut-turut

NEW YORK: Harga minyak jatuh selama tiga hari berturut-turut dengan pasaran menerima kenyataan bercanggah daripada menteri-menteri minyak satu hari sebelum mesyuarat Pertubuhan Negara Pengeluar Minyak (OPEC) diadakan di Vienna.

Ini kerana negara anggota berdebat berhubung hala tuju pemotongan bekalan lanjut apabila perjanjian pemotongan semasa tamat tahun depan.

Brent turun 50 cent kepada AS$63.1 satu tong, turun 0.8 peratus.

West Texas Intermediate (WTI) ditutup 69 cent lebih rendah, atau 1.2 peratus, kepada AS$57.30 satu tong.

Harga minyak turun dalam tempoh tiga hari disebabkan kebimbangan OPEC dan negara bukan anggota seperti Russia membayangkan perjanjian pemotongan bekalan akan dilanjutkan, tetapi ia akan disemak pada Jun sekiranya keadaan pasaran memerlukan.

Pedagang melihatnya hanyalah sebagai lanjutan pemotongan bekalan jangka pendek.

– Reuters

scroll to top