Sunday , 21 October 2018

Home » Bisnes » Harga minyak mentah dibuka tinggi

Harga minyak mentah dibuka tinggi

July 19, 2018 12:13 pm Category: Bisnes, Ekonomi A+ / A-
Harga minyak mentah dibuka tinggi

TOKYO,. Harga minyak mentah meneruskan keuntungan daripada sesi terdahulu, meningkat selepas data rasmi menunjukkan inventori Amerika Syarikat (AS) bagi gasolin, diesel dan minyak pemanas susut di luar jangkaan minggu lalu.

Niaga hadapan Brent naik lapan cents atau 0.1 peratus kepada AS$72.98. Ia menokok satu peratus pada Rabu selepas susut ke paras terendah dalam tempoh tiga bulan berikutan pengumuman data pengeluaran dan bekalan rasmi.

Ia juga menunjukkan peningkatan dalam inventori bekalan minyak mentah AS.

Niaga hadapan West Texas Intermediate (WTI) meningkat 20 cents atau 0.3 peratus kepada AS$68.96.

Ia juga menokok sekitar satu peratus pada Rabu.

Inventori gasolin susut sebanyak 3.2 juta tong minggu lalu, menurut Pentadbiran Maklumat Tenaga semalam.

Bekalan minyak mentah AS meningkat sebanyak 5.8 juta tong minggu lalu berbanding dengan jangkaan penyusutan 3.6 juta tong.

-REUTERS

scroll to top