Tuesday , 23 October 2018

Home » Bisnes » Harga minyak mentah dunia kembali pulih

Harga minyak mentah dunia kembali pulih

February 12, 2018 12:48 pm Category: Bisnes, Ekonomi A+ / A-
Harga minyak mentah dunia kembali pulih

SINGAPURA,. Harga minyak dunia meningkat hari ini, kembali pulih daripada penyusutan besar apabila pasaran saham kembali reda selepas menjunam dalam dagangan minggu lalu.

Bagaimanapun, pertambahan pengeluaran di Amerika Syarikat (AS) menyelubungi pasaran minyak, sekali gus menjejaskan usaha Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan Russia untuk menyempitkan pasaran bagi mengukuhkan harga minyak.

Niaga hadapan minyak mentah Brent mencecah AS$63.20 satu tong pada 0117 GMT, menokok 41 cent, atau 0.7 peratus, berbanding penutup sebelumnya.

Niaga hadapan minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) berada pada AS$59.68 satu tong. Ia meningkat 48 cent, atau 0.8 peratus daripada penutup terakhir.

Harga lebih kukuh dicatatkan selepas minyak mentah merekodkan penurunan terbesar dalam tempoh dua tahun minggu lalu, apabila pasaran saham menjunam.

-Reuters

scroll to top