Monday , 24 September 2018

Home » Bisnes » Harga minyak mentah hampir ke paras tertinggi

Harga minyak mentah hampir ke paras tertinggi

January 9, 2018 9:32 am Category: Bisnes, Ekonomi A+ / A-
Harga minyak mentah hampir ke paras tertinggi

NEW YORK,. Harga minyak berubah sedikit pada Isnin dengan dagangan hampir mencecah paras tertinggi sejak Mei 2015.

Ia berikutan kebimbangan politik terhadap beberapa negara anggota Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) yang mengimbangi unjuran bagi pengeluaran minyak Amerika Syarikat (AS) yang lebih tinggi.

“Harga minyak seimbang dalam dagangan hari ini. Protes yang sedang berlangsung di Iran dan penahanan beberapa putera di Arab Saudi juga mencetuskan kebimbangan geopolitik,” kata Penganalisis Tenaga Kanan di Interfax Energy’s Global Gas Analytics, Abhishek Kumar di London.

“Bagaimanapun, prospek bagi peningkatan lanjut dalam pengeluaran minyak AS masih kelihatan walaupun berlaku penambahbaikan baru-baru ini,” katanya.

Niaga hadapan Brent meningkat 16 cents atau 0.2 peratus untuk ditutup kepada AS$67.78 setong, manakala U.S. West Texas Intermediate (WTI) meningkat 29 cents, atau 0.5 peratus kepada AS$61.73.

Minggu lalu, kedua-dua kontrak berkenaan meningkat ke paras tertinggi sejak Mei 2015 iaitu Brent pada AS$68.27 dan WTI pada AS$62.21.

-Reuters

scroll to top