Friday , 20 July 2018

Home » Bisnes » Harga minyak mentah hampiri paras AS$75 setong

Harga minyak mentah hampiri paras AS$75 setong

May 7, 2018 11:47 am Category: Bisnes, Ekonomi A+ / A-
Harga minyak mentah hampiri paras AS$75 setong

SINGAPURA,. Pasaran minyak mentah dibuka kukuh hari ini dengan harga dagangan menghampiri paras tertinggi yang kali terakhir dicatatkan pada tahun 2014.

Ia berikutan keputusan yang masih samar sama ada Amerika Syarikat (AS) akan berundur daripada rundingan dengan Iran atau terus mengenakan sekatan semula ke atas Tehran.

Niaga hadapan minyak mentah Brent berada pada AS$$74.94 setong, naik 7 cents atau 0.1 peratus daripada penutup terakhirnya.

Niaga hadapan A.S West Texas Intermediate (WTI) juga naik 7 cents atau 0.1 peratus kepada AS$69.79 setong.

Peningkatan harga itu muncul selepas WTI mencatatkan paras tertingginya pada Jumaat lalu sejak November 2014.

“Harga minyak mentah ditolak tinggi berikutan kebimbangan impak AS menarik diri daripada rundingan nuklear Iran dan ia terus memacu sentimen pelabur,” kata bank ANZ hari ini.

“Antara berita besar minggu ini adalah mengenai minyak mentah dan rundingan nuklear Iran. Kami tahu Presiden Donald Trump tidak menyukainya,” kata Ketua Strategi Pasaran di firma pembrokeran AxiTrader, Greg McKenna.

“Secara keseluruhahnya, ramalan kami berdasarkan harga minyak mentah adalah Presiden Trump akan menarik diri daripada rundingan berkenaan,” tambahnya.

Iran kembali muncul sebagai pengeksport utama minyak mentah pada tahun 2016 selepas sekatan antarabangsa dihentikan sebagai timbal balik ke atas pembendungan program nuklearnya.

-REUTERS

scroll to top