Wednesday , 14 November 2018

Home » Bisnes » Harga minyak mentah susut

Harga minyak mentah susut

August 17, 2018 11:03 am Category: Bisnes, Ekonomi A+ / A-
Harga minyak mentah susut

TOKYO,. Harga minyak susut hari ini dengan minyak mentah Amerika Syarikat (AS) berada dalam aliran kejatuhan mingguan ketujuh berikutan kebimbangan yang semakin meningkat mengenai pertumbuhan ekonomi global yang perlahan yang boleh menghambat permintaan terhadap produk petroleum.

Niaga hadapan minyak mentah Brent turun lima cents kepada AS$71.38 setong. Niaga hadapan mentah West Texas Intermediate (WTI) jatuh empat cents kepada AS$65.42 setong.

Brent sedang berada dalam aliran penurunan sebanyak dua peratus minggu ini, kemerosotan untuk minggu ketiga berturut-turut.

WTI pula berada di landasan untuk kerugian minggu ketujuh, dengan kemerosotan lebih daripada tiga peratus.

Data semalam menunjukkan penambahan besar dalam inventori AS mencetuskan kebimbangan mengenai prospek permintaan bahan api, manakala minyak mentah juga ditekan oleh penjualan komoditi perindustrian yang lebih meluas dan oleh krisis kewangan Turki.

China dan AS telah melaksanakan beberapa pusingan tarif perdagangan dan mengancam akan mengenakan duti eksport bernilai ratusan bilion dolar, yang akan menjejaskan pertumbuhan ekonomi global.

Pada masa yang sama, krisis yang mencengkam lira Turki telah membimbangkan pasaran baru muncul dan memberi kesan kepada ekuiti, bon dan bahan mentah.

– REUTERS

scroll to top