Sunday , 24 March 2019

Home » Bisnes » Harga minyak menurunan

Harga minyak menurunan

January 11, 2019 1:15 pm Category: Bisnes, Ekonomi A+ / A-
Harga minyak menurunan

SINGAPURA,. Harga minyak susut hari ini di tengah-tengah kebimbangan prospek ekonomi global, tetapi pengurangan pengeluaran yang dipersetujui pengeksport utama menyokong harga dan mengekalkan pasaran di landasan untuk kenaikan mingguan yang kukuh.

Niaga hadapan minyak mentah Brent berada pada AS$61.55 satu tong pada 0333 GMT, turun 13 sen, atau 0.2 peratus, berbanding penutupan sebelumnya.

Niaga hadapan mentah West Texas Intermediate (WTI) susut 7 sen, atau 0.1 peratus, kepada AS$52.52 satu tong.

Peniaga berkata, penurunan itu berlaku di tengah-tengah kebimbangan berhubung persekitaran ekonomi global.

“Sekiranya kita mengalami kelembapan ekonomi, prestasi minyak mentah akan menjadi kurang baik kerana hubungannya dengan pertumbuhan,” kata Hue Frame, pengurus portfolio di Frame Funds di Sydney.

Kebanyakan penganalisis merendahkan ramalan pertumbuhan ekonomi global di bawah tiga peratus untuk 2019, dengan beberapa daripada mereka meluahkan kebimbangan akan berlakunya kemelesetan ekonomi di tengah-tengah pertikaian perdagangan dan peningkatan hutang.

Bagaimanapun, buat masa ini terdapat harapan bahawa perang perdagangan antara Washington dan Beijing dapat diselesaikan berikutan pasaran global, termasuk minyak, mengambil pendekatan positif daripada perkembangan antara kedua-dua negara minggu ini.

Walaupun harga hari pada Jumaat turun, Brent dan WTI berada di landasan untuk mencatat kenaikan mingguan masing-masing lebih daripada tujuh dan lapan peratus .

Di luar ekonomi global, pasaran minyak menerima sokongan daripada pemotongan bekalan diterajui Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) yang mensasar mengawal lebihan bekalan dunia yang muncul pada separuh kedua 2018.

Sebab utama berlakunya lebihan bekalan ialah Amerika Syarikat (AS) yang mana pengeluaran minyak mentahnya melonjak lebih dua juta tong sehari (bpd) pada 2018 kepada rekod 11.7 juta tong sehari.

Firma perunding JBC Energy minggu ini berkata, ada kemungkinan pengeluaran minyak mentah AS sudah “melebihi 12 juta tong sehari” menjelang Januari 2019. – Reuters

scroll to top