Sunday , 26 May 2019

Home » Bisnes » Harga minyak menyusut

Harga minyak menyusut

May 13, 2019 11:47 am Category: Bisnes, Ekonomi A+ / A-
Harga minyak menyusut

SYDNEY,. Niaga hadapan minyak susut pagi ini, dipengaruhi oleh kebimbangan terhadap pertumbuhan ekonomi global di tengah-tengah ketegangan rundingan perdagangan antara Sino-Amerika Syarikat (AS).

Niaga hadapan minyak mentah Brent berada pada AS$70.49 setong pada 0013 GMT, jatuh 12 cents, atau 0.2 peratus, daripada penutup sebelumnya.

Brent mengakhiri sesi sebelumnya dengan sedikit perubahan.

Niaga hadapan minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) AS pada AS$61.31 setong, susut 27 cents, atau 0.4 peratus, daripada penutup sebelumnya.

WTI menutup sesi terakhirnya dengan lebih stabil.

AS dan China berdepan kebuntuan mengenai rundingan perdagangan pada Ahad, berikutan Washington menuntut janji lebih konkrit terhadap undang-undang China.

Beijing berkata, ia tidak menerima sebarang perkara yang boleh merugikan kepentingan mereka.

Konflik perdagangan antara dua kuasa besar ekonomi itu semakin meningkat pada Jumaat, berikutan AS mengenakan tarif bernilai AS$200 bilion ke atas barangan China.

-REUTERS

scroll to top