Saturday , 15 December 2018

Home » Bisnes » Harga minyak naik.

Harga minyak naik.

November 19, 2018 11:27 am Category: Bisnes, Ekonomi A+ / A-
Harga minyak naik.

SINGAPURA,. Harga minyak naik pada pagi ini apabila peniaga menjangkakan pengeksport utama, Arab Saudi akan mendesak Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) mengurangkan bekalan menjelang akhir tahun ini.

Bagaimanapun, sentimen pasaran masih kekal lemah berikutan permintaan kurang memberangsangkan di tengah-tengah pertikaian perdagangan antara dua ekonomi terbesar dunia, Amerika Syarikat (AS) dan China.

Niaga hadapan minyak mentah Brent, penanda aras antarabangsa bagi harga minyak, diniagakan pada AS$67.29 setong pada 0045 GMT, naik 53 cents, atau 0.8 peratus, berbanding penutup sebelumnya.

Sementara niaga hadapan minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) AS, naik 61 cents, atau 1.1 peratus, pada AS$57.07 setong.

“Radar pasaran optimis dan masih menunggu untuk OPEC + bagi memberikan jumlah potongan lebih banyak,” kata Ketua Perdagangan Asia Pasifik OANDA, Stephen Innes, di Singapura.

OPEC, yang diketuai de-facto Arab Saudi mendesak kartel pengeluar dan sekutunya untuk mengurangkan bekalan satu juta kepada 1.4 juta tong sehari (bpd) untuk menyesuaikan diri dengan permintaan pertumbuhan perlahan dan mengelak daripada lebihan bekalan.

Meskipun terdapat peningkatan pada Isnin, harga minyak mentah kekal hampir satu perempat di bawah paras tinggi sebelumnya pada awal Oktober, diberatkan dengan peningkatan bekalan dan pertumbuhan permintaan yang perlahan.

-Reuters

scroll to top