Tuesday , 16 October 2018

Home » Bisnes » Harga minyak naik, Brent AS$69.35 setong

Harga minyak naik, Brent AS$69.35 setong

January 17, 2018 11:58 am Category: Bisnes, Ekonomi A+ / A-
Harga minyak naik, Brent AS$69.35 setong

SINGAPURA,. Harga minyak meningkat hari ini berikutan pengetatan bekalan dan permintaan global yang kukuh, meskipun kebanyakan penganalisis memberi amaran mengenai pembetulan ke arah penurunan selepas mengalami peningkatan harga lebih 13 peratus, bulan ini.

Harga didorong oleh pengurangan pengeluaran di negara Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan Russia, selain daripada pertumbuhan permintaan yang baik.

Niaga hadapan minyak mentah Brent AS$69.35 pada 0124 GMT, naik 20 cents, atau 0.3 peratus, daripada penutup sebelumnya.

Brent pada Isnin mencecah AS$70.37 setong, paras tertinggi sejak Disember 2014.

Niaga hadapan minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) AS AS$63.93 setong, naik 20 cents, atau 0.3 peratus daripada penutup sebelumnya.

WTI mencecah paras tinggi sejak Disember 2014, AS$64.89 setong, semalam.

-REUTERS

scroll to top