Sunday , 21 October 2018

Home » Bisnes » Harga minyak sedikit berubah, Brent AS$76.50 setong

Harga minyak sedikit berubah, Brent AS$76.50 setong

June 12, 2018 11:44 am Category: Bisnes, Ekonomi A+ / A-
Harga minyak sedikit berubah, Brent AS$76.50 setong

SINGAPURA,. Harga minyak sedikit berubah pada awal dagangan di Asia hari ini, ketika pasaran sedang menunggu hasil sidang kemuncak yang diadakan antara Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dan pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un di Singapura.

Peniaga berkata, mereka enggan mengambil kedudukan baharu menjelang pertemuan antara pengeluar Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC), pada 22 Jun.

Niaga hadapan minyak mentah Brent, penanda aras antarabangsa bagi harga minyak, diniagakan pada AS$76.50 setong, naik 4 cents daripada penutup sebelumnya pada (0003 GMT).

Niaga hadapan minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) AS sebanyak AS$66.16 setong, naik 6 cents daripadanya penutup sebelumnya.

Minyak mentah disokong oleh permintaan sihat dan pemotongan pengeluaran secara sukarela yang diketuai oleh OPEC.

Namun, penganalisis berkata, pasaran minyak pada masa ini sangat didorong oleh isu dasar dan kenyataan semasa.

-REUTERS

scroll to top