Wednesday , 24 July 2019

Home » Bisnes » Harga minyak susut

Harga minyak susut

April 16, 2019 12:06 pm Category: Bisnes, Dunia, Ekonomi A+ / A-
Harga minyak susut

SYDNEY,. Harga minyak mentah susut hari ini selepas Menteri Kewangan Rusia berkata negara berkenaan dan Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) mungkin melonjakkan hasil minyak mentah bagi menguasai pasaran.

Niaga hadapan Brent berada pada AS$71.08 setong, susut 10 cents atau 0.1 peratusd aripada penutup sebelumnya.

Brent ditutup rendah 0.5 peratus pada Isnin.

Niaga hadapan AS West Texas Intermediate (WTI) pula berada pada AS$63.39 setong, susut dua cents atau 0.1 peratus daripada penutup sebelumnya. Ia juga susut 0.8 peratus pada penutup semalam.

Menteri Kewangan Rusia, Anton Siluanov berkata Rusia dan OPEC mungkin akan meningkatkan pengeluaran dan ia mungkin menekan harga minyak susut sehingga AS$40 setong.

Penganalisis Pasaran OANDA, Edward Moya berkata terdapat kebimbangan yang meningkat bahawa Rusia mungkin tidak meneruskan pengurangan bekalan.

“Kita mungkin dapat melihatnya dengan rasmi dalam tempoh beberapa bulan akan datang,” katanya. – REUTERS

scroll to top