Saturday , 17 November 2018

Home » Bisnes » Harga rokok akan dinaikkan bulan depan

Harga rokok akan dinaikkan bulan depan

October 16, 2018 2:26 pm Category: Bisnes, Nasional A+ / A-
Harga rokok akan dinaikkan bulan depan

KUALA LUMPUR,. Harga jualan runcit bagi semua jenama rokok akan dinaikkan dalam tempoh tiga minggu lagi, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Beliau berkata harga produk tembakau termasuk rokok perlu dinaikkan apabila terdapat kenaikan cukai berdasarkan Peraturan 8A Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004.

“Pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) baru-baru ini akan menyebabkan harga bagi semua jenis produk tembakau termasuk rokok kena dinaikkan,” katanya dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Mengenai larangan merokok di bangunan Parlimen, Dr Dzulkefly berkata lapan notis kompaun telah dikeluarkan termasuk kepada seorang Anggota Parlimen sejak dikuatkuasakan semalam.

Tindakan itu diambil susulan pengisytiharan sudut merokok dan tempat makan di dalam bangunan Parlimen sebagai kawasan larangan merokok bermula semalam.

— BERNAMA

scroll to top