Friday , 22 June 2018

Home » Sukan » Hazard cetus bimbang skuad Belgium

Hazard cetus bimbang skuad Belgium

June 13, 2018 5:41 am Category: Sukan A+ / A-
Hazard cetus bimbang skuad Belgium

Eden Hazard

MOSCOW,. Belgium berdepan tamparan hebat apabila Eden Hazard berkemungkinan berdepan risiko kecederaan ketika beraksi pada perlawanan persahabatan terakhir sebelum bermulanya Piala Dunia.

Belgium mencatat kemenangan 4-1 ke atas Costa Rica di Brussels pada Isnin lalu, hasil dua gol sumbangan penyerang Manchester United, Romelu Lukaku serta persembahan cemerlang Hazard.

Bagaimanapun, bintang Chelsea itu dilihat terhencut-hencut ketika permainan berbaki 20 minit, namun jurulatih Roberto Martinez pantas menafikan segala kebimbangan apabila menyatakan tiada yang perlu dirisaukan.

“Dia seorang pemain yang sangat kuat. Hanya mengalami kecederaan kecil pada hujung permainan,” kata Martinez.

Sementara itu, Brazil dan Neymar turun pada sesi latihan pertama di Russia, hari ini.

Kira-kira 5,000 penyokong tempatan hadir menyaksikan sesi latihan yang lokasinya hanya bersebelahan hotel rasmi pasukan Brazil di Sochi.

– AFP

scroll to top