Monday , 23 April 2018

Home » Bisnes » Honda Malaysia panggil balik 28,399 kenderaan model 2013

Honda Malaysia panggil balik 28,399 kenderaan model 2013

April 5, 2018 3:31 pm Category: Bisnes, Teknologi A+ / A-
Honda Malaysia panggil balik 28,399 kenderaan model 2013

KUALA LUMPUR,. Honda Malaysia memanggil balik 28,399 kenderaan model 2013 untuk menggantikan sistem beg udara Takata bahagian penumpang hadapan.

Ia berkata, ia adalah langkah proaktif berterusan syarikat bagi memastikan keselamatan pelanggan.

Model terbabit ialah City, Jazz, Jazz Hybrid dan Insight kesemuanya bagi model 2013.

Honda Malaysia dalam satu kenyataan hari ini berkata, setakat Mac 2018 ia selesai menggantikan 223,000 unit sistem beg udara Takata untuk bahagian pemandu, iaitu nisbah sekitar 84 peratus.

Jumlah sistem beg udara Takata bagi bahagian pemandu dan penumpang hadapan yang sudah diganti berjumlah lebih 435,000 unit atau 77 peratus, katanya.

“Honda Malaysia mengulangi bahawa semua model semasa tidak terbabit dan akan terus mempertahankan ketelusan dan kawalan ketat bagi memastikan keselamatan pelanggan,” katanya.

scroll to top