Tuesday , 16 October 2018

Home » Bisnes » Honor 9 Lite, empat kamera

Honor 9 Lite, empat kamera

March 11, 2018 9:57 am Category: Bisnes, Teknologi A+ / A-
Honor 9 Lite, empat kamera

HONOR 9 LITE

Honor memperkenalkan model fon Honor 9 Lite yang dijual secara eksklusif di laman e-dagang, Shopee.

Ia mempunyai empat kamera dengan dwikamera di belakang dan dua lagi di depan beresolusi 13 megapiksel serta dua megapiksel.

Shopee bakal menganjurkan harga runtuh RM699 pada 9 Mac saja dengan dua warna pilihan iaitu kelabu atau biru.

Harga runcit Honor 9 Lite ialah RM749 yang membolehkan anda memperoleh paparan HD penuh LCD bersaiz 5.65 inci.

Selain itu, ia dikuasakan cip pemprosesan yang sama digunakan pada Huawei Nova 2i dan Honor 7X iaitu Kirin 659.

Penggunaan cip ini kemudian dipadankan dengan RAM 3GB dan storan 32GB yang boleh ditingkatkan hingga 256GB menerusi kad microSD.

Honor 9 Lite mempunyai kapasiti bateri 3000mAh.

HONOR 9 LITE

• HARGA: RM749

• SKRIN: 5.65 inci FHD IPS LCD

• PEMPROSESAN: 4 x 2.36GHz + 4 x 1.7GHz Kirin 659 octa core

• BATERI: 3000mAh

• RAM: 3GB

• STORAN: 32GB

• KAMERA: 13MP+2MP

• KAMERA DEPAN: 13MP+2MP

• SLOT KAD SIM: 2

• OS: Android 8 Oreo

scroll to top