Monday , 24 September 2018

Home » Nasional » Ibrahim Ali sahkan bertanding PRU-14

Ibrahim Ali sahkan bertanding PRU-14

March 22, 2018 4:15 pm Category: Nasional, Politik A+ / A-
Ibrahim Ali sahkan bertanding PRU-14

Presiden PERKASA, Datuk Dr Ibrahim Ali

KUALA LUMPUR,. Presiden PERKASA, Datuk Dr Ibrahim Ali mengesahkan beliau akan bertanding dalam Pilihanraya Umum Ke-14 (PRU-14), sama ada di Parlimen Pasir Mas atau Rantau Panjang, namun masih belum mengumumkan parti yang akan diwakili.

Beliau berkata, berdasarkan kaji selidik yang dilakukan, beliau yakin akan memenangi kerusi di Parlimen berkenaan.

?”Ketika ini masyarakat di daerah Pasir Mas sedang ghairah meminta saya untuk bertanding di kedua-dua Parlimen berkenaan kerana yakin atas kemampuan saya ketika menjadi Ahli Parlimen Pasir Mas sebelum ini.

?”Berdasarkan pengiraan dan kaji selidiksaya, dengan kekuatan barisan hadapan dimiliki, saya yakin akan menang mudah,” katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat PERKASA, dekat sini, hari ini.

?Ketika ditanya mengenai parti politik yang akan diwakili, Ibrahim berkata, beliau akan bertanding atas tiket parti bebas, namun menunggu tawaran daripada mana-mana parti.

?”Saya tunggu mana-mana tawaran daripada parti politik, sama ada PAS, Barisan Nasional (BN) atau PH. Jika mereka berminat, mereka boleh tarik.

?”Bagaimanapun, ia terpulang kepada manifesto mana-mana parti yang sesuai dengan pendirian dan perjuangan saya serta PERKASA sendiri. Bak kata orang tak kenal maka tak cinta.

?Untuk rekod, dalam PRU 2004, Ibrahim bertanding dalam kawasan Pasir Mas sebagai calon bebas, namun tewas. Dalam pilihan raya kecil Pengkalan Pasir, beliau sekali lagi bertanding tetapi tewas kepada calon BN, Hanafi Mamat.

Dalam PRU 2008, beliau bertanding atas tiket PAS di kawasan Pasir Mas, namun tetap menganggap dirinya tidak terikat pada mana-mana parti walaupun bertanding di atas tiket PAS.

scroll to top