Tuesday , 20 November 2018

Home » Nasional » ICERD perlu dikaji, ada peruntukan tidak sesuai – Tun Mahathir

ICERD perlu dikaji, ada peruntukan tidak sesuai – Tun Mahathir

November 9, 2018 9:39 am Category: Nasional, Politik A+ / A-
ICERD perlu dikaji, ada peruntukan tidak sesuai – Tun Mahathir

PUTRAJAYA,. Kerajaan belum membuat sebarang keputusan berhubung proses meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).

Ini kerana, terdapat beberapa peruntukannya yang didapati tidak bersesuaian dengan apa yang diamalkan Malaysia.
“Memang kita masih perlu buat perbincangan dan pertimbangan kerana ada peruntukannya tidak sesuai dengan negara kita,” kata Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, ketika ditemui di Yayasan Kepimpinan Perdana, hari ini.

Sebelum ini, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman selaku Ketua Armada Bersatu, tegas dengan pendirian menolak ICERD sekiranya ia melemahkan atau menghakis fungsi dan kesan Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan, sistem Raja Berperlembagaan, kedudukan Islam, dan mana-mana hak termaktub dalam perlembagaan itu.

ICERD merupakan konvensyen di peringkat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang berasaskan prinsip maruah dan kesamarataan, yang memperuntukkan setiap individu adalah sama rata dalam hal perundangan dan berhak mendapat perlindungan saksama daripada sebarang diskriminasi dan hasutan untuk mendiskriminasi.

scroll to top