Tuesday , 16 October 2018

Home » Dunia » IMF sedia bantu Argentina – Lagarde

IMF sedia bantu Argentina – Lagarde

May 11, 2018 12:38 pm Category: Dunia, Ekonomi A+ / A-
IMF sedia bantu Argentina – Lagarde

Lagarde (kanan) bersalaman bersama Dujovne tanda persetujuan bantu Argentina. - Foto AFP

WASHINGTON,. Pengarah Urusan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Christine Lagarde menyatakan kesediaannya untuk menyalurkan bantuan kepada Argentina dan mahu perbincangan mengenai pakej pembiayaan segera dimuktamadkan.

Lagarde berkata, beliau sudah mengarahkan pegawai IMF untuk meneruskan sesi perbincangan mengenai program pinjaman dan berharap ia dapat segera diselesaikan.

“Saya menyokong penuh usaha melaksanakan pembaharuan di Argentina dan menyatakan kesediaan IMF untuk terus membantu kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan selepas menghadiri mesyuarat bersama Menteri Ekonomi Argentina, Nicolas Dujovne.

Sehingga kini, Argentina masih berdepan masalah kejatuhan mata wang, hutang negara yang tinggi dan kenaikan kadar inflasi, walaupun selepas pelbagai program pembaharuan dilaksanakan.

Malah, pada Selasa lalu, Presiden Mauricio Macri mengumumkan bahawa beliau akan memohon bantuan daripada IMF sebagai langkah ‘pencegahan’ berikutan keadaan pasaran semasa yang menjejaskan ekonomi ketiga terbesar di Amerika Latin itu.

– AFP

scroll to top