Monday , 23 October 2017

Home » Nasional » Imigresen Teruskan Penguatkuasaan Dan Operasi

Imigresen Teruskan Penguatkuasaan Dan Operasi

October 12, 2017 3:36 pm Category: Nasional A+ / A-
Imigresen Teruskan Penguatkuasaan Dan Operasi

Kuala Lumpur, 12 Okt : Jabatan Imigresen terus melaksanakan operasi membenteras warga asing yang bekerja tanpa permit atau dokumen sah di Malaysia.

Seramai 189 orang warga asing di periksa dan 45 orang ditangkap malam tadi dalam satu operasi yang di jalankan sekitar Plaza Pudu. Mereka yang ditahan didapati bersalah di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155).

Operasi di ketuai oleh Ketua Pengarah Imigresen Malaysia, Datuk Mustafar Ali dengan di bantu oleh seramai 186 anggota dari JIM Putrajaya, Negeri Sembilan, KLIA dan Selangor.

Opersai tersebut dijalankan sebagai langkah mendaulatkan undang- undang Jabatan Imigresen dalam menangani warga asing yang masih degil kerana bekerja atau tinggal di Malaysia tanpa dokumen yang sah.

Jabatan Imigresen akan meneruskan operasi dari masa ke semasa agar dapat mengawal kemasukan warga asing ke Malaysia melalui saluran yang sah.

Ianya juga dapat menjaga keharmonian dan keselamatan penduduk setempat dari sebarang ancaman yang mungkin dilakukan oleh warga asing yang bermasaalah.

Gerbangpost

 

 

scroll to top