Wednesday , 19 September 2018

Home » Bisnes » Indeks pengeluaran perindustrian meningkat tiga peratus

Indeks pengeluaran perindustrian meningkat tiga peratus

March 13, 2018 4:27 pm Category: Bisnes, Nasional A+ / A-
Indeks pengeluaran perindustrian meningkat tiga peratus

KUALA LUMPUR,. Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) Malaysia meningkat 3.0 peratus pada Januari 2018 berbanding bulan yang sama pada 2017, disokong oleh pertumbuhan positif dalam kesemua indeks, dengan Pembuatan (4.8 peratus), Perlombongan (1.5 peratus) dan Elektrik (4.3 peratus).

Dalam satu kenyataan hari ini, Jabatan Perangkaan berkata keluaran sektor pembuatan meningkat 4.8 peratus pada Januari 2018 selepas mencatatkan peningkatan 5.3 peratus pada Disember 2017.

“Subsektor utama yang mencatatkan peningkatan pada Januari 2018 ialah Makanan, Minuman dan produk Tembakau (4.4 peratus), Produk Petroleum, Kimia, Getah dan Plastik (2.1 peratus) dan Elektrik dan Elektronik (4.0 peratus),” katanya.

Jabatan itu berkata keluaran sektor perlombongan mencatatkan pertumbuhan 1.5 peratus pada Januari 2018 (Disember 2017: – 4.1 peratus).

Pertumbuhan disumbangkan oleh peningkatan dalam Indeks Minyak Mentah (1.8 peratus) dan Indeks Gas Asli (1.5 peratus).

Keluaran elektrik juga meningkat sebanyak 4.3 peratus pada Januari 2018 selepas merekodkan 3.9 peratus pada Disember 2017.

-BERNAMA

scroll to top