Monday , 10 December 2018

Home » Bisnes » Indeks Pengeluaran Perindustrian Ogos meningkat

Indeks Pengeluaran Perindustrian Ogos meningkat

October 11, 2018 12:53 pm Category: Bisnes, Ekonomi A+ / A-
Indeks Pengeluaran Perindustrian Ogos meningkat

Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin.

KUALA LUMPUR,. Indeks Pengeluaran Perindustrian Malaysia (IPP) meningkat 2.2 peratus pada Ogos 2018 berbanding bulan yang sama tahun lalu, menurut Jabatan Perangkaan.

Dalam kenyataannya, Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin, berkata peningkatan itu disokong oleh pertumbuhan dalam indeks pembuatan (4.3 peratus) dan indeks elektrik (4.0 peratus), manakala indeks perlombongan mencatatkan penurunan 4.6 peratus.

“Keluaran sektor pembuatan meningkat 4.3 peratus pada Ogos 2018 selepas mencatatkan peningkatan sebanyak 5.2 peratus pada Julai 2018, dipacu oleh subsektor produk elektrik dan elektronik (4.5 peratus), produk petroleum, kimia, getah dan plastik (3.5 peratus) dan produk mineral bukan logam, logam asas dan produk logam (4.9 peratus).

“Laporan itu menyebut keluaran sektor elektrik meningkat 4.0 peratus pada Ogos 2018 susulan peningkatan 4.5 peratus pada Julai 2018,” katanya.

Sementara itu, keluaran sektor perlombongan menyusut 4.6 peratus pada Ogos 2018 berbanding tempoh yang sama tahun lalu, disumbangkan oleh penurunan dalam Indeks gas asli (-8.0 peratus) dan indeks minyak mentah (-0.6 peratus).

-BERNAMA

scroll to top