Friday , 20 July 2018

Home » Bisnes » Indonesia beli balik lombong emas terbesar dunia

Indonesia beli balik lombong emas terbesar dunia

July 13, 2018 6:59 am Category: Bisnes, Dunia A+ / A-
Indonesia beli balik lombong emas terbesar dunia

lombong Grasberg di wilayah Papua, Indonesia

JAKARTA,. Indonesia akan mengambil alih kepentingan majoriti dalam lombong emas terbesar di dunia yang juga lombong tembaga kedua terbesar di dunia, kata kerajaan negara itu, hari ini ketika ia berusaha mengambil alih semula kawalan terhadap sumber aslinya.

Presiden Joko Widodo berkata, syarikat perlombongan kerajaan Inalum akan mengambil alih 51 peratus kepentingan dalam lombong Grasberg di wilayah Papua, Indonesia menerusi satu perjanjian yang akan dimeterai lewat hari ini.

Ketika ini, Indonesia hanya menguasai 10 peratus pemilikan lombong itu yang dimiliki dan dikendalikan anak syarikat Freeport-McMoRan (Freeport) di Amerika Syarikat (AS).

Freeport dijangka meneruskan operasi kompleks lombong meluas berhampiran puncak gunung tertinggi di Papua, Puncak Jaya itu dan mengekalkan pemilikan terhadap baki kepentingan sedia ada.

Widodo tidak mendedahkan maklumat kewangan perjanjian itu. Katanya, perjanjian itu dicapai selepas proses rundingan ‘amat sukar dan sengit’.

“Ini satu anjakan ke hadapan. Hal ini sudah selesai, kita hanya perlu menandatanganinya,” katanya sambil menambah kerajaan Indonesia akan mendapat lebih banyak cukai dan royalti, selepas pengambilalihan itu.

– AFP

scroll to top