Thursday , 15 November 2018

Home » Artikel Pilihan » Ingati Najib sekali ini

Ingati Najib sekali ini

July 4, 2018 11:30 am Category: Artikel Pilihan, Nasional A+ / A-
Ingati Najib sekali ini

KUALA LUMPUR,. Nooryana Najwa iaitu anak perempuan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, menggesa rakyat Malaysia meluangkan ingatan mengenai ayahnya yang kini berada dalam tahanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Selama 42 tahun, beliau (Najib) memikirkan rakyat sebaik bangun tidur sehingga tidur malam semula. Marilah kita memikirkan tentangnya sekali ini ketika beliau sangat memerlukan kita

“Marilah kita ingati beliau buat sekali ini tatkala beliau amat memerlukan kita. Anda boleh mengaibkan seseorang tapi Allah tahu.

“Kalau ini boleh berlaku kepada pemimpin kita, ia boleh berlaku kepada sesiapa saja dalam kalangan kita, namun kami percaya Allah tidak tidur,” katanya dalam paparan Instagram beliau.

Tambah Nooryana, tidak ada yang lebih peramah, menyayangi atau selembut bapanya, yang beliau sifatkan sebagai seorang yang memiliki kekuatan emosi dan mental tinggi berbanding orang lain.

“Walaupun menghadapi ujian getir hari ini, beliau masih tersenyum, ketawa dan memeluk kami, beliau lebih risaukan keluarga berbanding diri sendiri,” katanya dalam paparan Instagram yang turut menunjukkan memegang seorang bayi, berserta petikan “#freenajib #respectcivilliberties #thestruggleisreal #pray4dsn”.

scroll to top