Monday , 22 October 2018

Home » Nasional » ‘Ini peluang saya bersihkan nama’ – Najib

‘Ini peluang saya bersihkan nama’ – Najib

September 26, 2018 4:52 pm Category: Nasional A+ / A-
‘Ini peluang saya bersihkan nama’ – Najib

Datuk Seri Najib Tun Razak

KUALA LUMPUR,. Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendakwa pendakwaan pengubahan wang haram dan rasuah terhadapnya akan mengehadkan peluangnya menjelaskan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di luar.

Bagaimanapun, kata Najib, pendakwaan itu juga merupakan peluang untuk beliau membersihkan nama di mahkamah.
“InsyaAllah … saya akan membersihkan nama saya tidak lama lagi di dalam mahkamah.

“Dengan kehakiman negara yang adil dalam menegakkan kebenaran, saya amat yakin bahawa ini peluang terbaik untuk menghentikan isu RM2.6 bilion yang sudah berlarutan bertahun-tahun ini buat sekian kalinya dan untuk selama-lamanya,” katanya di laman Facebook hari ini.

Pada 20 September lalu, Najib didakwa buat kali ketiga di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Beliau bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap 25 pertuduhan termasuk empat pertuduhan rasuah dan 21 pertuduhan melibatkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram membabitkan sejumlah hampir RM2.3 bilion.

Bagi kesalahan rasuah, dakwaan dibuat mengikut Seksyen 24(1) Akta SPRM manakala 21 lagi pertuduhan tersebut adalah mengikut Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLATFA) 2001 dengan cara menerima, menggunakan dan memindahkan wang hasil daripada aktiviti haram.

scroll to top