Monday , 10 December 2018

Home » Artikel Pilihan » Inisiatif NBOS : kukuh kerjasama strategik perangi jenayah

Inisiatif NBOS : kukuh kerjasama strategik perangi jenayah

September 14, 2013 6:26 pm Category: Artikel Pilihan A+ / A-
Inisiatif NBOS : kukuh kerjasama strategik perangi jenayah

1231697_657098757633768_201959897_n

KUALA LUMPUR, 14 September – Satu Majlis Pelancaran Inisiatif NBOS telah berlansung di Stesyen Minyak Petron, Jalan Kuchai Lama, pagi tadi. Hadir merasmikan majlis ialah Tan Sri Dato’ Sri Khalid bin Abu Bakar, Ketua Polis Negara.

Majlis perasmian Inisiatif NBOS ini merangkumi tiga elemen iaitu ‘Go To Safety Points’ Bersama Petron, Amanita dan Plain Clothes Police Patrol.

Kempen 1Aman ‘Go To Safety Points’ bersama Petron merupakan satu alternatif yang disediakan kepada masyarakat untuk mendapatkan tempat perlindungan atau maklumat untuk disalurkan kepada pihak polis seperti 7 Eleven dan Pos Malaysia sebelum ini.

Inisiatif AMANITA merupakan suatu usaha untuk menerapkan kesedaran tentang peranan yang boleh dimainkan oleh suri rumah untuk mencegah jenayah sekitar kediaman jiran. Para AMANITA ini akan turun ke padang bertemu dan berkenalan dengan suri rumahtangga bagi membina perhubungan dan kepercayaan mereka terhadap pihak polis. Para suri rumahtangga akan didedahkan pelbagai aktiviti-aktiviti sosial seperti sesi ceramah, dialog dan sebagainya.

Manakala inisiatif yang ketiga iaitu “Plain Clothes Police Patrol” pula akan menempatkan anggota rondaan berpakaian preman di lokasi-lokasi ‘hot spot’ jenayah. Anggota-anggota ini akan sentiasa melaporkan kepada Pusat Kawalan Daerah (DCC) tentang lokasi mereka serta laporan pemantauan yang dilakukan. Kemudiannya bantuan daripada anggota beruniform akan dipanggil sekiranya terdapat perlakuan jenayah sementara mereka membuat pemerhatian. Ideanya adalah bertujuan untuk mencegah para pelaku jenayah daripada melakukan jenayah, di mana penjenayah ini akan berasa was-was untuk melakukan jenayah kerana mereka merasakan bahawa pihak polis sentiasa memerhatikan mereka.

Kempen ini dilihat menerapkan nilai-nilai pembudayaan pencegahan jenayah sebagai satu elemen amalan hidup rakyat Malaysia sekaligus dapat memberi kesedaran kepada masyarakat akan tanggungjawab mereka untuk bersama-sama dengan pihak polis dalam membanteras jenayah.

“Kepada pihak Petron Malaysia, saya ucapkan terima kasih kerana sudi bersama-sama PDRM sebagai antara syarikat yang menyertai kempen ini. Bersama-samalah kita terus memanggil kepada masyarakat Malaysia seluruhnya, termasuklah agensi-agensi swasta yang lain; marilah kita bersama-sama merealisasikannya, agar keamanan dan kesejahteraan negara ini terus terjamin melalui rangkaian kolaborasi antara Kerajaan, penjawat awam, agensi swasta dan rakyat”, ujar Tan Sri Dato’ Sri Khalid bin Abu Bakar, Ketua Polis Negara mengakhiri ucapan perasmian beliau.

Antara yang hadir Dato’ Sri Salleh bin Mat Rasid, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Dan Ketenteraman Awam, Dato’ Seri Mohamad Fuzi bin Harun, Pengarah Jabatan Anti Pengganas, Dato’ Wira Ayub bin Yaakob Pengarah Jabatan Pencegahan Dan Pembanterasan Jenayah, Puan Faridah binti Ali dan Ketua Perniagaan Runcit Petron Malaysia.

Turut hadir Pengarah-Pengarah dan Timbalan Pengarah Jabatan Polis Diraja Malaysia, Dato’ Mohmad bin Salleh, Ketua Polis Kuala Lumpur, Agensi Kerajaan serta NGO, wakil-wakil daripada syarikat-syarikat swasta, Ketua-ketua dan wakil-wakil persatuan penduduk dan wakil-wakil media.

scroll to top