Sunday , 16 December 2018

Home » Bisnes » iPhone X akan dijual semula di Malaysia?

iPhone X akan dijual semula di Malaysia?

November 25, 2018 8:48 am Category: Bisnes, Teknologi A+ / A-
iPhone X akan dijual semula di Malaysia?

iPhone XS, XS Max, dan XR dilapor tidak mendapat sambutan hangat di serata dunia, terutamanya di Asia.

KUALA LUMPUR,. iPhone X mungkin kembali dijual di Malaysia?

Ia susulan tindakan Apple yang mengambil langkah drastik dalam mengatasi isu jualan kurang memberangsangkan model terbaharu mereka.

Jualan iPhone XS, XS Max, dan XR dilapor tidak mendapat sambutan hangat di serata dunia, terutamanya di Asia, menurut akhbar Wall Street Journal (WSJ).

Syarikat itu merancang untuk menghentikan jualan iPhone XR di Jepun di mana model iPhone 8 lebih murah dan popular.

Menurut WSJ, diskaun akan ditawarkan di Jepun melalui subsidi kepada pengendali Jepun.

Syarikat telekomunikasi di Jepun dibenar memotong harga model iPhone XR kepada 84,800 yen, sekitar RM3,100.

Apple juga dilaporkan mula memasarkan iPhone X di Jepun, yang sebelum ini dihentikan sewaktu pelancaran iPhone XS, XS Max, dan XR.

Walau bagaimanapun, jualan iPhone X di Malaysia belum diumumkan syarikat itu sehingga kini.

Tujuan membawa iPhone X kembali ke pasaran adalah untuk memastikan jualan iPhone secara amnya kekal berada di paras memuaskan.

Apple menghentikan penjualan iPhone X sebaik saja mengeluarkan iPhone XS pada 21 September lalu, dan iPhone XR yang lebih murah sebulan kemudian.

Apple pada awal bulan ini mengeluarkan kenyataan bahawa penjualan model iPhone pada September tidak mencapai sasaran penganalisis dan memberi amaran jualan kurang memberangsangkan pada Disember ini.

Syarikat itu juga mengumumkan tidak lagi melaporkan jualan unit iPhone, iPad dan Mac kerana ia tidak memberi gambaran sebenar prestasi perniagaannya.

scroll to top