Saturday , 17 November 2018

Home » Dunia » IPT Aceh disaran kolaborasi dengan IPT luar negara

IPT Aceh disaran kolaborasi dengan IPT luar negara

May 15, 2015 12:58 pm Category: Dunia A+ / A-

Datuk Seri Mohamad Hasan

UNI
KANGAR – Institusi pendidikan tinggi swasta (IPTS) di Aceh disaran agar memperluas kolaborasi dengan institusi pendidikan tinggi (IPT) luar negara untuk muncul antara universiti terbaik dunia.

Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis (Unimap), Datuk Prof Dr Kamarudin Hussin juga berkata universiti yang berhasrat berada dalam ranking terbaik dunia perlu mempunyai wawasan.

“Cabaran baru sektor pengajian tinggi di seluruh dunia ialah bagaimana untuk menjadi antara yang terbaik. Apakah sumber penting dan keputusan yang harus dibuat.

“Satu caranya adalah semua universiti swasta di Aceh harus berani melebarkan kolaborasi dengan IPT di luar negara merangkumi bidang akademik, penyelidikan dan perkongsian tenaga pakar yang menyumbang kepada kewujudan universiti di persada antarabangsa,” katanya.

Beliau menyampaikan ucaptama bertajuk ‘Pendekatan Inovatif ke Arah Menjadi Universiti Bertaraf Dunia’ kepada lebih 150 peserta yang turut dihadiri para rektor universiti pada ‘Rapat Kerja dan Koordinasi Dengan Pimpinan PTS dalam Provinsi Aceh di Batam semalam.

Teks ucapan beliau dikeluarkan Unit Media Unimap di sini hari ini.

Majlis itu turut dihadiri Ketua Yayasan Ubudiah Indonesia, Zefrizal dan Rektor Universitas Ubudiyah Indonesia (UUI), Marniati M. Kes.

Menurut Kamarudin, IPTS di Aceh harus mencontohi inisiatif yang diambil oleh UUI dalam usaha menempatkan universiti itu menjadi antara universiti siber terkemuka dunia.

“Mengikut indikator yang dibangunkan bersama Unimap dan UUI, UUI berhasil menerbitkan lebih 50 penerbitan selain menganjurkan persidangan bertaraf antarabangsa melalui kolaborasi empat buah negara iaitu Indonesia, Malaysia, Bangladesh dan Ireland baru-baru ini,” tambahnya.

Beliau berkata universiti ternama dunia membuktikan kejayaan boleh diraih jika mereka mampu berdepan cabaran dan persaingan dalam dunia pendidikan tinggi. – Bernama

scroll to top