Thursday , 18 January 2018

Home » Dunia » Israel serang Gaza, tutup lintasan Rafah

Israel serang Gaza, tutup lintasan Rafah

January 14, 2018 8:31 am Category: Dunia A+ / A-
Israel serang Gaza, tutup lintasan Rafah

BAITULMAQDIS,. Pesawat tentera udara Israel melancarkan serangan di selatan Semenanjung Gaza semalam serta bertindak menutup laluan perdagangan antara wilayah terkepung Palestin itu dan negaranya.

Tentera Zionis dalam satu kenyataan berkata, mereka menyasar infrastruktur menggunakan jet pejuang di selatan wilayah Rafah, bersebelahan sempadan Mesir – Semenanjung Gaza.

“Organisasi Hamas bertanggungjawab ke atas semua semua aktiviti yang berlaku di dalam dan dari Semenanjung Gaza,” kata kenyataan.

Sumber keselamatan Palestin di Gaza berkata tiada siapa cedera dalam serangan Israel itu.

Terdahulu semalam, Kementerian Pertahanan Israel berkata, laluan perdagangan Kerem Shalom antara Gaza dan Israel berhampiran Rafah ditutup bermula hari ini sehingga ‘dimaklumkan kemudian.’

Jurucakap kementerian berkata, tindakan jarang dilakukan itu susulan satu ‘penilaian keselamatan.’

Keganasan rentas sempadan antara Israel dan Gaza meningkat sejak Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump bertindak mengisytiharkan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel 6 Disember lalu.

– AFP

scroll to top