Sunday , 20 May 2018

Home » Nasional » ‘Jangan sebar gambar mangsa’

‘Jangan sebar gambar mangsa’

February 14, 2018 2:35 pm Category: Nasional A+ / A-
‘Jangan sebar gambar mangsa’

KUALA LUMPUR,. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menasihatkan orang ramai supaya tidak menyebar, memuat naik atau berkongsi kandungan gambar pelajar Tingkatan Dua yang meninggal dunia selepas kepalanya terkena bilah mesin rumput, semalam.

SKMM dalam satu kenyataan di sini, hari ini berkata, perbuatan terbabit menyalahi undang-undang mengikut Seksyen 223 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Mereka yang disabitkan dengan kesalahan itu boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi setahun,” katanya.

Dalam kejadian semalam, Nur Afini Roslan, 14, meninggal dunia di padang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tuanku Abdul Rahman selepas bilah mesin melayang terkena kepalanya.

Mangsa dilapor meninggal dunia di tempat kejadian manakala dua rakannya turut cedera dalam kejadian ketika pelajar menjalani latihan perbarisan sempena hari sukan sekolah.

scroll to top