Wednesday , 24 July 2019

Home » Dunia » Jokowi rayu pengundi beri masa maju ekonomi

Jokowi rayu pengundi beri masa maju ekonomi

April 14, 2019 7:34 am Category: Dunia, Politik A+ / A-
Jokowi rayu pengundi beri masa maju ekonomi

Presiden ‘Jokowi’ Widodo. - Foto EPA

JAKARTA,. Presiden Joko ‘Jokowi’ Widodo difahamkan masih mengekalkan kedudukan pendahulu berbanding pencabarnya, bekas jeneral, Prabowo Subianto ketika Pilihan raya Indonesia 2019 hanya berbaki tiga hari lagi.

Difahamkan, pilihan raya negara demokrasi ketiga terbesar dunia itu dijangka mengulangi keputusan edisi 2014 dan presiden dilihat berada agak selesa di depan dalam majoriti k tinjauan dibuat setakat ini.

Tiga tinjauan terbaharu oleh Indopolling, Roy Morgan dan Saiful Mujani Research and Consulting (SMRC) menunjukkan Jokowi dijangka menang antara 54 hingga 57 peratus undi.

Bagaimanapun, Prabowo hanya dijangka menang antara 32 hingga 37 peratus undi berdasarkan tinjauan yang dijalankan sepanjang minggu pertama, bulan ini.

Menurut tinjauan SMRC yang diterbitkan, Jumaat lalu, hanya tinggal 6.3 peratus pengundi sahaja belum membuat keputusan dan angka itu menurun 25 peratus sejak beberapa bulan lalu.

Pembangkang mempertikaikan penemuan semua tinjauan terbabit dengan berkata, ramai orang hadir ke perhimpunan anjurannya bukti ia mempunyai sokongan lebih kuat selain menunjukkan tinjauan sendiri.

Dalam perhimpunan terakhir kempen di Stadium Utama Gelora Bung Karno, hari ini, Jokowi berjanji untuk memberi khidmat untuk meningkatkan ekonomi Indonesia.

“Saya dan calon Naib Presiden, KH Ma’ruf Amin sepakat mewakafkan diri untuk kesejahteraan Indonesia lima tahun lagi, dengan izin Tuhan ekonomi negara kita akan lebih kuat,” katanya.

Jokowi dilihat cuba menawarkan pengalamannya sebagai presiden dan beberapa jawatan penting kerajaan, sebelum ini, termasuk sebagai Gabenor Jakarta penting dalam mentadbir Indonesia yang ‘penuh ragam’.

“Pengalaman sebegini amat perlu dalam memimpin sebuah negara besar Indonesia. Inilah namanya pengalaman. Orang harus lihat pengalaman dan prestasi,” katanya.

Beliau berkata, Indonesia masih berdepan cabaran masa depan besar dan perlu menang untuk memantau segala program dirancang, sebelum ini.

“Kita masih memerlukan pelbagai pekerjaan besar kerana banyak cabaran bakal dihadapi. Itu sebabnya saya selalu turun padang untuk memastikan program dirancang berjalan lancar,” kata Jokowi. – REUTERS/CNBC

scroll to top