Friday , 19 October 2018

Home » Dunia » Jokowi sah bertanding pemilihan presiden 2019

Jokowi sah bertanding pemilihan presiden 2019

August 9, 2018 4:31 pm Category: Dunia A+ / A-
Jokowi sah bertanding pemilihan presiden 2019

Presiden Indonesia, Joko ‘Jokowi’ Widodo, akan mendaftar sebagai calon pada pemilihan presiden 2019.- Foto Reuters

JAKARTA,. Presiden Indonesia, Joko ‘Jokowi’ Widodo, akan mendaftar sebagai calon pada pemilihan presiden 2019 secara rasmi esok, menurut laman web berita BeritaSatu.com.

“Pagi esok, saya dan naib presiden akan mendaftar dengan Suruhanjaya Pilihan Raya,” Jokowi dipetik sebagai berkata.

Bagaimanapun, beliau tidak menamakan calon naib presiden.

Indonesia, negara demokrasi ketiga terbesar dan memiliki penduduk Islam paling ramai dunia, akan mengundi pada April tahun depan.

Calon bagi jawatan presiden dan naib presiden mempunyai tempoh sehingga esok untuk mendaftar pencalonan mereka.

— Reuters

scroll to top