Thursday , 18 October 2018

Home » Dunia » Jong-un setuju lawat Seoul, tutup tapak peluru berpandu

Jong-un setuju lawat Seoul, tutup tapak peluru berpandu

September 20, 2018 11:01 am Category: Dunia A+ / A-
Jong-un setuju lawat Seoul, tutup tapak peluru berpandu

Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un (kiri) dan Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in menghadiri persembahan di Stadium May Day di Pyongyang, Korea Utara sebagai sebahagian daripada Sidang Kemuncak Inter-Korea. - Foto EPA

SEOUL,. Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un dilaporkan bersetuju menutup tapak ujian peluru berpandu dan mengunjungi Seoul, selepas mengadakan pertemuan dengan Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in di Pyongyang, semalam.

Dalam pertemuan berkenaan kedua-dua pemimpin menandatangani perjanjian bagi mengukuhkan hubungan kerjasama dua negara Semenanjung Korea yang terpisah itu.

Jong-un turut bersetuju untuk menamatkan program nuklear Korea Utara menjelang Januari 2021, selain mengadakan perjumpaan keluarga yang terpisah dengan lebih kerap dan membangunkan rangkaian jalan raya serta kereta api antara kedua-dua negara.

Seoul dan Pyongyang juga bersetuju untuk membida untuk menganjurkan Sukan Olimpik pada 2032.

“Perjanjian ini membawa harapan baru kepada rakyat di kedua-dua negara, selain menyemarakkan lagi keinginan mereka untuk kembali bersatu,” kata Jong-un.

Lawatan Jong-un ke Seoul adalah yang pertama membabitkan pemimpin Korea Utara sejak berakhirnya Perang Korea pada 1950 hingga 1953.

– AFP

scroll to top