Friday , 17 August 2018

Home » Dunia » Jumlah hamba moden UK meningkat 10 kali ganda

Jumlah hamba moden UK meningkat 10 kali ganda

July 20, 2018 8:18 am Category: Dunia A+ / A-
Jumlah hamba moden UK meningkat 10 kali ganda

Gambar fail, tunjuk perasaan di luar Dewan Parlimen menuntut untuk meningkatkan perjuangan menentang perhambaan moden di United Kingdom.

LONDON,. Britain dianggarkan mempunyai kira-kira 136,000 hamba moden, menurut satu tinjauan global, semalam dan jumlah itu adalah 10 kali ganda lebih tinggi berbanding unjuran kerajaan yang menunjukkan peningkatan perhambaan, kata polis dan aktivis.

Kira-kira seorang daripada setiap 500 orang di Britain terperangkap dalam perhambaan moden di Britain pada 2016, menurut Indeks Perhambaan Global (GSI) 2018 oleh kumpulan hak asasi manusia Walk Free Foundation.

Katanya, jenayah itu menjejaskan 40 juta orang di seluruh dunia.

Pada 2013, kerajaan menjangkakan hanya kira-kira 3,000 orang di Britain adalah hamba moden, iaitu mereka yang terperangkap dalam aktiviti buruh paksa, eksploitasi seks dan perhambaan domestik, sementara polis berkata, jumlah sebenar mungkin puluhan ribu orang.

“Laporan ini mengukuhkan situasi bahawa kita berdepan dengan masalah yang semakin membesar.

“Contohnya, kita tahu penjenayah yang terbabit dalam eksploitasi sebegini menggunakan internet untuk melakukan kegiatan mereka,” kata pengarah Agensi Jenayah Nasional (NCA), Tom Dowdall.

Katanya, NCA menerima 5,145 laporan mangsa perhambaan disyaki pada 2017 di Britain lebih satu per tiga berbanding 3,804 kes pada 2016.

– Reuters

scroll to top