Thursday , 19 July 2018

Home » Dunia » Jutawan India, Nirav Modi lari ke UK

Jutawan India, Nirav Modi lari ke UK

June 11, 2018 11:19 am Category: Dunia A+ / A-
Jutawan India, Nirav Modi lari ke UK

Jutawan barang kemas, Nirav Modi.

LONDON,. Jutawan barang kemas, Nirav Modi yang didakwa terbabit dengan kes penipuan AS$2 bilion (RM7.73 bilion) di India melarikan diri ke United Kingdom untuk mendapatkan perlindungan suaka politik, lapor Financial Times (FT) semalam memetik pihak berkuasa India dan British.

Reuters gagal menghubungi Nirav Modi untuk mengulas lanjut.

Bank Kebangsaan Punjab, bank kedua terbesar di India terdahulu berkata, pada awal 2018, dua kumpulan perniagaan barangan kemas yang diketuai Modi dan bapa saudaranya Mehul Choksi menipu sejumlah AS$2 bilion (RM7.73 bilion) dari bank itu dengan meningkatkan kadar pinjaman dari cawangan luar negara peminjam.

Menurut laporan FT, Nirav Modi kini berada di London untuk cuba menuntut suaka politik bagi melindungi diri dari ‘penganiayaan politik’.

Kementerian Hal Ehwal Luar India memberitahu FT bahawa kerajaan India sedang menunggu agensi penguatkuasa undang-undang negara itu untuk menahan mereka sebelum memohon ekstradisi.

Setakat ini tiada sebarang penahanan dibuat dan kementerian gagal dihubungi untuk mengulas lanjut.

scroll to top